ASSALAMUALAIKUM (W.B.T)

Selamat Datang Ke Butik Nur Iman. Disini kami menjual pelbagai Pelbagai jenis busana dan aksesori wanita serta kanak-kanak yang berkualiti pada harga murah dan berpatutan. Produk kami memenuhi citarasa muslimah moden, anggun dan bergaya serta "elegant" dengan fesyen yang terkini. Kami akan menambah lagi produk-produk terbaru dari masa ke semasa.

KOLEKSI BUTIK NURIMAN

Saturday, August 23, 2008

KOLEKSI BLOUSE SHANGHAI/SHANTUNG SILK


BLOUSE SHANGHAI BIRU
Harga: RM50.00
***Pre-Order Stock

Thursday, July 3, 2008


Kain Labuci Nur Iman (N07)
Size Available: S
Material: Batik cotton, labuci & manik
Harga: RM100.00
Kain berbentuk A line ini amat sesuai dipadankan dengan kebaya. Ia mempunyai sulaman manik dan labuci di keseluruhan hadapan kain. Kain ini amat selesa dan sejuk dipakai kerana ia diperbuat daripada 100% kapas. Sememangnya sesuai digayakan kemajlis formal kerana coraknya yang meriah dan menarik perhatian kepada sesiapa yang melihatnya.
Kebaya Coklat Emas Nur Iman (N06)

Size Available: L

Harga: RM130.00

Kebaya coklat keemasan ini amat menarik dan sesuai digayakan ketika menghadiri majlis formal. Ia dilengkapi dengan sulaman labuci dan butang bungkus. Sesuai bagi golongan muslimah kerana kebaya ini mempunyai lining dan bahagian lehernya yang berbentuk cekak musang. Kebaya ini nampak anggun dan ayu kepada si pemakai.





Kebaya Labuci Pinky Nur Iman (N05)

Size Available: S,M,L

Harga: RM130.00

Kebaya ini sesuai dipakai bagi majlis formal seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Kebaya ini dihias sulaman bunga dan labuci. Sesuai digayakan bersama seluar atau kain. Jahitannya kemas dan mempunyai lining didalam serta kemasan butang bungkus yang begitu menarik.

Blouse Chiffon Kelabu Nur Iman (N04)

Size Available: S,M

Material: Chiffon & Manik

Harga: RM80.00

Blouse kelabu ini diperbuat daripada kain chiffon dan mempunyai kemasan manik di bahagian leher, hadapan baju dan tangan. Sesuai digayakan di majlis-majlis santai dan formal. Warnanya yang menarik membuatkan paten blouse ini nampak lain daripada yang lain. Ia juga amat sesuai bagi golongan muslimah yang sentiasa inginkan kelainan dalam penampilan seharian.

Blouse Chiffon Violet Nur Iman (N03)
Size Available: S
Material: Chiffon & Manik

Harga: RM80.00

Blouse chiffon ini amat menarik dari segi paten dan warnanya. Ia dilengkapi dengan ropol dan mempunyai kemasan manik di bahagian hadapan, leher dan tangan. Material yang digunakan amat selesa dan sejuk dipakai. Sesuai digayakan ke majlis-majlis santai dan keraian. Ia juga sesuai untuk ke pejabat.



Tuesday, July 1, 2008


Blouse Chiffon Nur Iman (N02)

Size Available: L

Material: Chiffon dan manik

Harga: RM80.00

Blouse chiffon ini amat sesuai digayakan bagi acara istimewa dan tak ketinggalan juga bagi acara-acara santai. Blouse berona coklat keemasan ini juga sangat selesa dipakai dan tidak panas. Ia juga sesuai bagi muslimah yang ingin menampilkan penampilan yang lebih bergaya ke pejabat.